Thursday, 8 December 2011

TanDa-Tanda Kita Akan Pergi

Assalamua'laikum dan selamat petang. di sini saya ingin kongsi bersama anda semua tanda-tanda ajal hampir tiba. saya terbacanya dalam sebuah diariislam. tergerak hati saya untuk mencoretkan apa yang telah dibaca untuk di kongsi bersama-sama. Kita tidak tahu bila masa kita akan kembali kepadanya. Kita juga tidak tahu sudah cukupkah amalan kita kepdaNya untuk menempuhi kehidupan di alam sana. Terdapat bebrapa tanda yang menunjukkan kita semakin hampir kepadaNya. Antaranya ialah

Tanda 100 hari sebelum hari mati. 

Merupakan tanda pertama Allah s.w.t  kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakiNya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini Cuma sama ada mereka sedar atau pun tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu asar.seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih diman jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanay lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di ahti bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian,tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini memberi peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI SEBELUM HARI MATI
Tanda ini juga akan berlaku selepas waktu Asar.bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis name kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atasnya ialah Arash Allah S.W.T. maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialahia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi,mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya Cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA TUJUH HARI.
Tanda ini akan diberikan kepada mereka yang diuji dengan masalah musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba berselera untuk makan.

TANDA TIGA HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yangsakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA SATU HARI
Akan berlaku selepas Asar dan kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana masa ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR
Kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah S.W.T yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Oleh itu kawan-kawan ingtlah kepada kematian.:)

Saturday, 3 December 2011

Kau di HatiKu

(dalam dingin yang mendamaikan)


A: awak, nanti kita akan hidup bersama-samakan?


B : Ye, awak nanti kita akan hidup bersama sepanjang hayat saya dengan awak. kenapa awak tanya saya soalan macam tu?


A : Saya bukan apa, saya risau la.. ye la, lepas ni kan awak dah nak sambung study. mesti awak dah jauh dari saya. lepas tu mesti dah jarang2 jumpa. mesti rindu kan...


B : awak tak perlu risau la. saya tak akan kemana-mana. saya ada dalam hati awak dan awak juga ada dalam hati saya. saya pergi bukannya lama. cuma 3 tahun ja. saya juga akan sentiasa merindui awak. ingt tu.


A: Baiklah awak. saya pegang kata-kata awak tu. saya harap awak tidak akan berubah hati bila awak dah sampai sana. 


(A berada dalam kesedihan)


B: Awak, awak jangan macam ni. saya sayangkan awak tahu. saya tak kan lupakan awak. hanya awak dalam hati saya. please don't be sad k.?


(A menitiskan air mata sambil memandang B)
A: Betul awak x kan tinggalkan saya walau apa pun berlaku..? dan betul awak akan hidup bersama dengan saya?


( B pun turut bersedih, dan memandang ke arah pemandangan sana)


B: Biar apa pun yang terjadi, saya akan tetap dengan awak. awak ingt tu ye awak. biarpun sejauh mana saya pergi, biarpun hati saya nun jauh di sana, biarpun jasad saya jauh di sana namaun satu saya nak ingtkan awak, hati dan cinta saya dekat dengan kamu, sayang. 


(kedua-duanya tersenyum dan berlalu pulang......)
to be continued....