Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Merupakan
tanda pertama Allah s.w.t kepada
hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakiNya.
Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini Cuma sama ada
mereka sedar atau pun tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas
waktu asar.seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga hujung kaki akan
mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging lembu
yang baru disembelih diman jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati
daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanay lazat dan bagi mereka
yang sedar dan berdetik di ahti bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka
getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda
ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka hanyut dengan
kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian,tanda ini akan lenyap begitu sahaja
tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini memberi
peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri
dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
TANDA 40 HARI SEBELUM HARI MATI
Tanda ini juga akan berlaku
selepas waktu Asar.bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini
daun yang tertulis name kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atasnya
ialah Arash Allah S.W.T. maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan
mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialahia akan mula mengikuti
kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini memperlihatkan wajahnya
sekilas lalu dan jika ini terjadi,mereka yang terpilih ini akan merasakan
seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya Cuma seorang
tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang
akan dicabutnya.
TANDA TUJUH HARI.
Tanda ini akan diberikan kepada
mereka yang diuji dengan masalah musibah kesakitan di mana orang sakit yang
tidak makan secara tiba-tiba berselera untuk makan.
TANDA TIGA HARI
Pada ketika ini akan terasa
denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika
tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita
tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan
memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi
dan bagi orang yangsakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat
dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana
bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang
terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
TANDA SATU HARI
Akan
berlaku selepas Asar dan kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang
iaitu di kawasan ubun-ubun di mana masa ini menandakan kita tidak akan sempat
untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
TANDA AKHIR
Kita akan merasakan satu keadaan
sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan
naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah
syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk
menjemput kita kembali kepada Allah S.W.T yang telah menghidupkan kita dan
sekarang akan mematikan pula.
Oleh itu kawan-kawan ingtlah kepada kematian.:)


